BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 16, 2011

DOWNLOAD Twilight Saga 2 : New Moon (BLURAY)









DOWNLOAD Twilight Saga 1 (BLURAY)









Download Final Detination 5


Thursday, December 15, 2011

Download Aku Bukan Tomboy


















Download Twilight Saga 4 : breaking dawn





Sunday, December 11, 2011

Manusia Akhir Zaman

Apa dah jadi dengan manusia akhir zaman ni. Semakin berani menghina Nabi kita NABI MUHAMMAD S.A.W. Berani mencaci agama. Aku harap korang semua janganlah jadi macam ini. Kita sudah menghampiri kiamat. Pernahkah korang terfikir ada manusia yang sanggup menghina dan mencaci agama ISLAM sebegini rupa.

cuba korang lihat ni

Beliau berani mencaci agama ISLAM di tempat umum. Berani sungguh manusia ini


Kalau korang tak percaya. korang boleh klik disini da tengok sendiri






Musim Tengkujuh


Entri ini khas untuk rakyat di semenanjung pantai timur Malaysia. Berkenaan dengan musim tengkujuh. Nampaknya kita sekarang berada di dalam musim tengkujuh. Apakah itu musim tengkujuh. Hahaha. Musim tengkujuh adalah sama dengan musim hujan. Pada waktu ini angin monsoon timur laut yang membawa hujan akan tertumpu di sekitar pantai timur Malaysia dan kemudian akan beredar ke selatan. Di pantai timur hujan akan berterusan manakala di pantai barat hujan beserta dengan ribut petir. Kebiasaannya musim ini mendatangkan kesan negative kepada penduduk yang mengalaminya. Antaranya adalah banjir, kerosakan harta benda, kehilangan nyawa orang tersayang dan kerosakan infrastuktur. Selain itu tanah rutuh juga mungkin berlaku akibat dari hujan yang berterusan ini akan mengakibatkan tanah menjadi licin dan senang untuk gelongsor. Di sini saya nak berikan langkah-langkah yang perlu diambil kira untuk mengharungi musim tengkujuh ini

1. Awasi anak-anak. Jangan biarkan mereka bermain di luar kawalan. Sentiasa antau ke mana anak-anak pergi

2. Banyakkan masa di rumah. Kalau boleh kurangkan aktiviti yang melibatkan di luar.

3. Sentiasa mengingati nombor yang senang untuk di hubungi sekira berlaku kecemasan.

4. Bersedia sekiranya berlaku banjir di kawasan anda.

5. Sentiasa mengetahui perkembangan semasa tentang banjir.

6. Sediakan bekalan seckupnya di rumah

ini mungkin berlaku di tempat anda..

hilmancool.blogspot.com







Download Maharaja Lawak Raya

Korang nak download tak MAHARAJA LAWAK RAYA. Best sangat. Di sini aku menyediakan link untuk download.

klik di sini






Download Drogba VS Rooney









Saturday, December 10, 2011

Download Flat 3A


PART 1
PART 2


Sinopsis Filem Flat 3A

Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?










Download Green Lantern ( bluray )





Sedikit Sinopsis Green Lantern untuk anda:

Green Lantern adalah filem superhero memaparkan kisah seorang lelaki biasa bertukar menjadi hero dengan kuasa luar biasa. Kuasa Green Lantern dari cincin hijau yang dipakai di tangan kanannya. Lelaki ini adalah Hal Jordan, juruterbang Tentera Udara Amerika bertugas sebagai test pilot.



Sebelum berubah menjadi seorang Green Lantern, Hal Jordan adalah seorang juruterbang yang angkuh, suka cakap besar dan mempunyai ego yang tinggi. Perkataan Lantern membawa makna pelita dan Green Lantern bermaksud pelita hijau.



Dari awal jalan cerita ini menepati jangkaan saya memandangkan setiap superhero mesti ada kisah silam disebaliknya. Bermula dengan organisasi Green Lantern Corps yang diserang oleh makhluk asing bercahaya kuning yang ingin merampas kuasa dan menewaskan Abin Sur iaitu pahlawan green lantern yang dilantik untuk menjaga keamanan Corps. Hal Jordan menggantikan tempat Abin Sur dan perlu menewaskan makhluk asing tersebut dari menghancurkan bumi.






Download Thor (bluray)










Download Raya Tak Jadi









Tutorial nak download movie.

Assalamualamualaikum. Entri kali ni aku nak ajar macam mane nak download movie

1. Korang download la dulu Internet Download Manager (free je ni). Klik


je
2. Download software ini pula 7ZIP. Klik kat nama





3. Download movie yang korang nak
4. Kebiasaannya movie-movie ini akan di bahagikan kepada beberapa bahagian. So kegunaan software 7ZIP adalah untuk menggabungkan kesemua bahagian movie berkenaan



5. Korang drag kesemua file di yang di download tadi masuk kedalam program 7ZIP





6. korang klik je OK
7. sekarang anda sudah boleh menikmati movie yang anda download

selamat mencuba

p/s : kalau nak besarkan gambar tekan ctrl dan klik pada gambar





Download Captain America : The First Avenger (bluray)

Download TRANFORMER 3 : DARK OF THE MOON (BLURAY)

DOWNLOAD KUNFU PANDA 2 (BLURAY)


PART 1
PART 2
PART 3

SELAMAT MENCUBA..

Bulan Gerhana Malam Ini


KUALA LUMPUR, 10 Dis: Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini.

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.

Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

Dipetik dari HarakahDaily

Solat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah)

Niatnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut:

Rakaat pertama

  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir
  10. Salam


Read more: Ustaz Azhar

SAHABAT...



“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

1. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

2. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

4. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

5. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

6. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;

8. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

9. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

10.Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

11.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

12.Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

13.Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

1. sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.