BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 11, 2011

Musim Tengkujuh


Entri ini khas untuk rakyat di semenanjung pantai timur Malaysia. Berkenaan dengan musim tengkujuh. Nampaknya kita sekarang berada di dalam musim tengkujuh. Apakah itu musim tengkujuh. Hahaha. Musim tengkujuh adalah sama dengan musim hujan. Pada waktu ini angin monsoon timur laut yang membawa hujan akan tertumpu di sekitar pantai timur Malaysia dan kemudian akan beredar ke selatan. Di pantai timur hujan akan berterusan manakala di pantai barat hujan beserta dengan ribut petir. Kebiasaannya musim ini mendatangkan kesan negative kepada penduduk yang mengalaminya. Antaranya adalah banjir, kerosakan harta benda, kehilangan nyawa orang tersayang dan kerosakan infrastuktur. Selain itu tanah rutuh juga mungkin berlaku akibat dari hujan yang berterusan ini akan mengakibatkan tanah menjadi licin dan senang untuk gelongsor. Di sini saya nak berikan langkah-langkah yang perlu diambil kira untuk mengharungi musim tengkujuh ini

1. Awasi anak-anak. Jangan biarkan mereka bermain di luar kawalan. Sentiasa antau ke mana anak-anak pergi

2. Banyakkan masa di rumah. Kalau boleh kurangkan aktiviti yang melibatkan di luar.

3. Sentiasa mengingati nombor yang senang untuk di hubungi sekira berlaku kecemasan.

4. Bersedia sekiranya berlaku banjir di kawasan anda.

5. Sentiasa mengetahui perkembangan semasa tentang banjir.

6. Sediakan bekalan seckupnya di rumah

ini mungkin berlaku di tempat anda..

hilmancool.blogspot.com







0 comments: